| 
Anda kini berada di laman web Perkumpulan
Perempuan Sabah

Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS) adalah
sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan khusus
untuk kaum wanita di negeri Sabah. Sehingga suku pertama tahun
2003, PPS mempunyai lebih 200 orang ahli di seluruh negeri dan
jumlah ini terus bertambah saban tahun.
Dengan adanya laman web ini seluruh warga PPS
akan dapat mengikuti perkembangan dan peristiwa semasa yang
berlaku dalam PPS. Harapan kami agar segala maklumat yang dipaparkan
pada laman web ini boleh dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja yang
dapat mencapai dan melayarinya, di samping membantu anda mengenali
PPS dengan lebih dekat.
Kepada anda yang berminat untuk menyertai kami,
kami mengalu-alukan permohonan anda.
|

Ruangan ini akan membawa anda mengenali sejarah
penubuhan PPS, matlamatnya dan perlembagaan yang menjadi panduan
pentadbiran persatuan ini. Kenali juga para ahli jawatankuasa
induk yang bertanggungjawab mentadbir PPS.

Layari ruangan ini untuk mendapatkan maklumat
terkini mengenai aktiviti PPS. Himpunan pautan ke laman-laman
web yang menarik turut disediakan di sini. Jangan lupa juga
untuk mengundi di Petak Undian kami!

Galeri foto kami membolehkan anda melihat jenis-jenis
aktiviti yang kami anjurkan di samping memaparkan keseronokan
para ahli PPS apabila menyertainya! Buat masa ini galeri foto
PPS mengandungi enam album yang menunjukkan pelbagai aktiviti
PPS semenjak tahun 1990an sehingga sekarang.

Selain mengandungi maklumat perhubungan PPS, ruangan
ini turut mengandungi jawapan kepada soalan-soalan yang biasa
kami terima daripada wanita yang berminat untuk menjadi ahli
PPS. Anda juga boleh memuat turun (download) borang
permohonan keahlian PPS di sini. |